13 October 2014

RM 500,000 untuk baik pulih Muzium Seri Menanti

  13 October 2014
Photo: LMNS

SEREMBAN – Lembaga Muzium Negeri Sembilan membelanjakan RM500,000 untuk kerja-kerja membaik pulih dan memulihara di Muzium Diraja Seri Menanti.

Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Abdul Razak Ab Said berkata, proses pemuliharaan fasa pertama pada muzium tersebut dimulakan pada 16 Ogos lalu dan dijangka siap penghujung tahun ini.

“Muzium ini akan dibuka semula kepada pengunjung pada 1 Januari tahun hadapan dan kita menyasarkan sebanyak 100,000 pelawat mengunjungi muzium ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Keganasan Komunis di Muzium Negeri baru-baru ini.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih dan memulihara Muzium Diraja Seri Menanti itu akan dijalankan secara berperingkat dan bagi fasa kedua akan dilaksanakan selepas siap kerja-kerja fasa pertama.

“Kita tidak mahu kontraktor yang dilantik tergesa-gesa dalam melakukan kerja-kerja baik pulih serta memulihara Muzium Diraja Seri Menanti kerana mahukan kualiti dijaga.

Abdul Razak berkata, selain itu, RM100,000 dibelanjakan untuk membina semula rumah Tukang Kahar, pereka asal pelan Muzium Diraja, di perkarangan muzium.

“Rumah Tukang Kahar itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini dan dibuka kepada pengunjung pada awal tahun hadapan,” katanya.

Muzium Diraja Seri Menanti pada asalnya adalah Istana Lama Seri Menanti yang dibina pada 1902 dan siap dibina enam tahun selepas itu.

Muzium ini bukan sahaja diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (Unesco) tetapi juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai istana kayu tertinggi di negara ini.

Keunikan Istana Lama empat tingkat ini terletak pada bahan binaannya yang diperbuat daripada kayu keseluruhannya dan tidak menggunakan sebarang paku besi, sebaliknya menggunakan pasak sepenuhnya.
logoblog

Thanks for reading RM 500,000 untuk baik pulih Muzium Seri Menanti

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment