Liga Perdana: Perlawanan NS Matrix-Pulau Pinang, Jumaat

 
SEREMBAN: Perlawanan bola sepak Liga Perdana antara NS Matrix menentang Pulau Pinang yang dibatalkan pada 12 April lalu akan diadakan semula di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, Jumaat ini. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Datuk Abd Halim Abd Latif berkata perlawanan itu akan berlangsung mulai pukul 8.45 malam.

"Sehubungan itu, penonton yang mempunyai keratan tiket untuk perlawanan yang telah dibatalkan pada 12 April lalu bolehlah gunakan semula keratan tiket tersebut bagi menyaksikan perlawanan Jumaat ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Pada 12 April lalu, perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi terpaksa ditunda selepas perlawanan gagal dimulakan apabila padang ditakungi air ekoran hujan lebat disertai petir. Keputusan penundaan perlawanan itu diumumkan pada jam 10.20 malam. - BERNAMA

SENARAI PEMAIN NEGERI SEMBILAN MATRIX 2015
PENJAGA GOL
  • Mohd Helmi Eliza b. Elias
  • Mohd Kaharuddin b. Abd Rahman
  • Mohd Yatim b. Abdullah
PERTAHANAN
  • Azizi b. Matt Rose
  • Mohd Fauzie b. Nan
  • Mohd Fazliata b. Taib
  • Mohd Radzuan b. Abdullah
  • Irwan Fadzil Idrus
  • Segar a/I Arumugam
  • Jean Marc Alexendre
BARISAN TENGAH
  • Ahmad Fauzi b. Saari
  • Shahrizal b. Mohd Saad
  • Puaneswaran a/I Gunasekaran
  • Kavichelvan a/I Vivekandanthn
  • Mohd Akmal b. Mohd Noor
  • Mohd Dzaidin b. Zainudin
  • Rezal Zambery b. Yahya
  • Ahmad Hazeri b. Hamid
  • Mohd Izzuddin b. Zainudin
PENYERANG
  • Rudie b. Ramli
  • Sivanesan a/I Shanmugam
  • Mohd Khyril Muhymeen b. Zambri
  • Francis Forkey Doe
  • Brune Sebastian Martel0tt0
  • Kim Jim Ryong
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53248
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment