29 March 2016

Jaminan tiada catuan air di Negeri Sembilan

  29 March 2016

Image credit: YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun paras air di kebanyakan empangan utama di negeri ini hampir mencapai kritikal, namun masih banyak sungai yang menjadi sumber bekalan air berada pada paras stabil.

“Kita tidak bergantung bekalan air daripada empangan semata-mata, sebaliknya banyak loji rawatan air (LRA) memperoleh bekalan dari sungai.

“Justeru buat masa ini, kita dapati tiada keperluan melaksanakan catuan air. Walaubagaimanapun, kita meminta rakyat berhemah menggunakan air bagi memboleh­kan bekalan dapat bertahan lebih lama dalam menghadapi musim panas dan kering,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini baru-baru ini.
Sebelum ini Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan negeri mempertimbangkan untuk melaksana catuan air jika tiada hujan dalam tempoh beberapa minggu berikutan penurunan air empangan akibat cuaca panas.

Dalam pada itu Mohamad memberitahu, beberapa langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu air kini menunjukkan perkembangan positif.
“Projek pembekalan air mentah ke Empangan Gemencheh back pumping dari Sungai Jelai telah siap dan akan mula beroperasi esok.

“Perlaksanaan projek berkenaan membantu menaikkan paras air empangan dengan kapasiti 12 juta gelen sehari sekali gus pencatuan air di kawasan Rembau dan Tampin dapat dielakkan,” katanya.
Menerusi projek berkenaan jelasnya, paras air di Empangan Gemencheh akan mengambil masa beberapa bulan untuk penuh.

“Apabila penuh nanti, keperluan mengambil air terawat dari LRA Sawah Raja sebanyak lima juta gelen sehari akan dihantar ke Port Dickson bagi penambahan penggunaan ke kawasan tersebut,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jaminan-tiada-catuan-air-di-negeri-sembilan-1.205864#sthash.lEtQmfFa.dpuf
logoblog

Thanks for reading Jaminan tiada catuan air di Negeri Sembilan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment