KLUSTER BARU PEDAS, REMBAU, 786 disaring, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan

 
KLUSTER PEDAS

Pada 2 Mei 2020, KKM telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Rembau.

Mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April 2020. Beliau telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan saringan ujian COVID-19 telah dijalankan pada 10 April 2020. Pada 12 April 2020, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif.

Siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan tersebut telah dijalankan. Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring yang terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu:

• 25 kes warga Nepal;
• 18 kes warga Bangladesh;
• Lapan (8) kes warga Indonesia; dan
• Dua (2) kes warga Myanmar.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.


logoblog
Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Tolong la jaga kebersehan dan keselamatan diri keluarga dan org sekeliling, kesian kt frontliner berusaha mrmbenteras wabak tp kita masih lg tknk jaga diri dr dijangkiti covid19 nie, klu mcm nie sikap kita bilanya nk tamat pkp dan nyah covid19 dr malaysia

    ReplyDelete
  2. Tolong la jaga kebersehan dan keselamatan diri keluarga dan org sekeliling, kesian kt frontliner berusaha mrmbenteras wabak tp kita masih lg tknk jaga diri dr dijangkiti covid19 nie, klu mcm nie sikap kita bilanya nk tamat pkp dan nyah covid19 dr malaysia

    ReplyDelete
  3. Kluster melibatkan pekerja warga asing. Ye le diorang kan tinggal dalam dorm berhimpit2. Apa yg berlaku di singapura kes byk disumbangkan oleh pekerja asing

    ReplyDelete
  4. Orang suruh tutup kilang masa pkp fasa satu tp boss ni bukak kilang camni la jadinya. Kimak punya boss tak bertanggungjawab sb pentingkan duit. Doctor nurse dan frontliners lain susah2 rawat boss mcm ni naikkan lagi kes.. Bagi hukuman penjara maximum utk org sial mcm ni

    ReplyDelete