May 14, 2025

Penguatkuasaan aktiviti jualan jeruk mangga

  May 14, 2025

 PENGUATKUASAAN PENJAJA TANPA LESEN


Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan penguatkuasaan ke atas aktiviti jualan jeruk mangga yang beroperasi di atas jalan utama persimpangan Sua Betong pada 12 Mei 2025.

Jabatan Penguatkuasaan MPPD telah mengambil tindakan sitaan terhadap barangan jualan setelah mendapati penjaja tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan. Teguran telah diberikan namun tidak diendahkan. Ianya merupakan satu kesalahan yang telah dinyatakan dalam Undang - Undang Kecil Penjaja (MDPD) 1982. Barangan yang disita adalah 17 Botol Jeruk Mangga dan barangan ini telah dibawa ke Stor Sitaan MPPD untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.

MPPD akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan Port Dickson sentiasa menarik dan bersih.

📷Credit. 

Majlis Perbandaran Port Dickson

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment