May 13, 2025

WCE - West Coast Expressway, TEROWONG HIDUPAN LIAR

  May 13, 2025

 

TEROWONG HIDUPAN LIAR - LALUAN SELAMAT LINTASAN HABITAT HIDUPAN LIAR MELINTASI JALAN RAYA. 

Syabas dan Terima Kasih kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Persisiran Barat (WCE - West Coast Expressway) yang telah melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuhraya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain melintasi lebuh raya dengan selamat. Culvert Animal Crossing ini dibina di jajaran Taiping Selatan - Bruas setelah mendapat khidmat nasihat dan persetujuan dari Jabatan Perhilitan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensinya seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan pastikan elemen ini dimasukkan dalam reka bentuk dan pembinaan jalan raya dan lebuh raya baharu, menambah jumlah Culvert Animal Crossing sedia ada. Kerjasama erat dengan Jabatan Perhilitan akan diteruskan bagi memastikan pemeliharaan hidupan liar sentiasa dipertingkatkan.

Credit. Read more. 📷https://www.facebook.com/share/1ccKBt6Krs/


logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment