Negeri Sembilan mohon lebuhraya baru

 


SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memohon pembinaan dua lebuhraya baru di negeri adat perpatih itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kerajaan Negeri akan memohon kepada Kerajaan Pusat untuk membina dua lebuhraya yang akan menghubungkan Seremban dan Port Dickson ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

‘Lebuhraya pertama akan menghubungkan Port Dickson ke KLIA, melalui Lukut dan sejauh 25 kilometer.
“Lebuhraya kedua pula akan menghubungkan Seremban ke KLIA dan ianya sejauh 37 kilometer.

“Kedua-dua perancangan lebuhraya itu adalah jajaran baru dan tidak bersambung antara satu sama lain.

“Kerajaan negeri akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

Walaubagaimanapun apabila ditanya wartawan, apakah kedua-dua lebuhraya itu akan dikenakan tol, Mohamad enggan mengulas lanjut.

“Kita serahkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan.

“Paling penting ialah kita mahukan jalan baru di Negeri Sembilan untuk memudahkan orang ramai.

“Kita masih belum ada butiran lanjut mengenai pembinaan lebuhraya ini sehingga dokumen tender siap.

“Pembinaan lebuhraya baru ini dirancang dengan hasrat mahu jadikan Negeri Sembilan negeri mesra perniagaan kerana memiliki sistem infrastruktur yang baik dan efisyen.

“Selain melancarkan perjalanan, ia juga memberi peluang kepada pembukaan kawasan baru,” ujar beliau lagi.
- http://www.freemalaysiatoday.com

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment