Landskap pembangunan bandar Seremban akan bertukar wajah

 

SEREMBAN 9 Sept. - Bandar Seremban akan menjadi 'ikon' dalam pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) apabila pembangunannya digerakkan secara agresif sekali gus mengubah landskapnya kepada bandar maju dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis berkata, Seremban akan melalui transformasi pembangunan rancak dengan permulaan kerja di PR1MA@Seremban Sentral ini yang melibatkan sejumlah 1,600 unit yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan dari sekarang.

"Kita akan memastikan pembangunan itu dibuat secara bersungguh-sungguh dan akan menjadi penanda aras dalam projek PR1MA akan datang, selain memastikan beberapa lagi kawasan baharu dibuka untuk tujuan sama di negeri ini," katanya ketika berucap dalam majlis memulakan kerja pembinaan rumah PR1MA@Seremban Sentral di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan pemimpin kerajaan negeri.

Menurut Jamaludin, PR1MA@Seremban Sentral akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia selain kompleks beli-belah, kawasan riadah dan kemudahan stesen kereta api yang baharu.

"Langkah ini sesuai dengan konsep bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Seremban, sebagaimana hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan yang mahukan lebih ramai tinggal di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, Seremban Sentral ini adalah satu daripada banyak lagi projek PR1MA yang merupakan pembangunan bersepadu dalam komuniti mapan dan dinamik.

"Ia dihubungkan dengan hab pengangkutan dan kemudahan lain," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140910/dn_12/Landskap-pembangunan-bandar-Seremban-akan-bertukar-wajah#ixzz3CsrqM2jR
© Utusan Melayu (M) Bhd
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment