Potongan harga sebanyak 9% 20 unit terakhir projek pembinaan apartmen Taman Puncak Rasah, Seremban 2, Negeri Sembilan, RM199,000

 




Pemaju hartanah Andaman Property Management Sdn. Bhd. (Andaman) menawarkan promosi menarik bagi 20 unit terakhir projek pembinaan apartmen Taman Puncak Rasah, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Pengarah Urusan Andaman, Datuk Seri Dr. Vincent Tiew berkata, Andaman menawarkan potongan harga sebanyak sembilan peratus bagi kesemua baki unit apartmen terbabit yang dijual pada harga kurang dari RM199,000.

Katanya, di samping itu pembeli juga bakal mendapat wang tunai sebanyak RM10,000 bagi proses pengubahsuaian unit mereka ketika proses pengambilan kunci sebaik rumah mereka siap serta yuran guaman juga adalah percuma.

“Unit apartmen pangsapuri Taman Puncak Rasah ini laris dijual dengan 30 unit daripadanya dibeli oleh para artis di bawah pengurusan Metrowealth International Group (Metrowealth), jadi pembeli boleh merebut peluang untuk memiliki pangsapuri pegangan bebas ini kerana promosi berakhir 31 Oktober ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, projek berkenaan dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan dan mampu menjadi aset pelaburan bagi pembeli.
“Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu di bawah RM199,000 dengan sembilan peratus diskaun bagi 20 unit terakhir, dan nilai pelaburan unit ini apabila siap dijangka mampu mencapai sehingga RM250,000. Jadi ia merupakan satu peluang pelaburan yang baik bagi para pembeli,” katanya.
Jelasnya, apartmen Taman Puncak Rasah terletak hanya 10 minit dari Plaza Tol Seremban dan bersebelahan Rasah Kemayan Golf Resort.
Sementara itu, pada Sabtu lalu Andaman turut menganjurkan Karnival Sate khusus bagi pembeli dan bakal pembeli apartmen Taman Puncak Rasah berkenaan.

Majlis turut dihadiri artis tempatan seperti Zalif Sidek, Nina Iskandar, Shima Anuar dan Adeline Tsen.
- See more at: http://www.utusan.com.my/
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment