Hari Membaca Negara Peringkat Negeri Sembilan Kali Ke-2

 



Seremban, 15 April – Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Sembilan akan menganjurkan Hari Membaca Negara Peringkat Negeri Sembilan kali Ke-2 pada 23 April 2015.
Hal ini dimaklumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dalam sidang media di di Wisma Negeri Seremban hari ini.

Menurut beliau, program yang akan dilaksanakan selama 10 minit bermula jam 10 pagi hari tersebut adalah bertujuan untuk menyemarakkan dan memupuk tabiat membaca secara berterusan dan membolehkan masyarakat menjadikan membaca sebagai satu gaya hidup.

Beliau turut menyeru agar penduduk Negeri Sembilan meluangkan masa pada hari tersebut untuk membaca sebarang bahan bacaan yang berfaedah selama sepuluh minit pada jam 10 pagi serentak di seluruh Negeri Sembilan pada 23 April ini.

Menurut beliau hal ini penting untuk mematangkan pemikiran dan menambahkan ilmu masyarakat Negeri Sembilan.

Selain daripada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan juga menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri telah merangka kerjasama dengan beberapa pihak untuk mewujudkan perpustakaan digital iaitu e-library. Hal ini penting untuk membantu masyarakat mendapatkan bahan bacaan.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program membaca sebelum ini yang diadakan di Negeri Sembilan pada tahun lepas.

- http://n9kini.com/
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment