Lima kawasan alami gangguan bekalan air esok

 
SEREMBAN - Sebahagian kawasan di Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air, pemasangan injap dan pengalihan paip.

Image courtesy: www.kualalumpurpost.net

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata gangguan bekalan air selama 24 jam itu akan bermula jam 8 pagi.

"Di Tampin melibatkan Kampung (Kg) Anak Air Durian Daun, Kg Pondoi, Kg Keru, Kg Ulu Yuh, Taman (Tmn) Repah Baru, Tmn Gunung Mas, Industri Kecil Repah, Kg Baru Tampin, Tmn Bahagia Tampin, Kg Tampin Tengah, Tmn Tampin, Kg Dusun Tampin, Jalan Gemas, Tampin Jaya, Tmn Woon, Tmn Bukit Tampin, Tmn Sri Belian, Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kg Chenderam/Kg Kolam Air, Tmn Rasa Sayang, Tmn Suria, Tmn Sri Intan, Tmn Ametis, Tmn Bunga Raya, Tmn Regent, Tmn Gemencheh Baru, Tmn Bukit Gemencheh, Tmn Batang Melaka dan Pekan Batang Melaka.

"Di Rembau melibatkan seluruh mukim Chengkau, Batu Hampar, Bongek, Nerasau, Selemak, Miku, Tanjung Kling dan seluruh Mukim Pilin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, di Port Dickson pula melibatkan sekitar kawasan Kg Pengkalan Durian Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, sebahagian kawasan Tampin Linggi, seluruh kawasan Linggi, kawasan Pengkalan Kempas (Batu 18-22), seluruh kawasan Pekan dan Kg Pasir Panjang serta sebahagian kawasan (Batu 4–12) Jalan Pantai dan sehingga Batu 15 Pasir Panjang.

Katanya di Kuala Pilah, seluruh mukim Ampang Tinggi, Seri Menanti, Ulu Muar, Ulu Jempol, Juasseh, Kepis dan Johol, sementara di Seremban, kawasan terlibat ialah seluruh kawasan Mantin, Lenggeng, Broga, Ulu Beranang dan sekitar Pajam termasuk Nilai Perdana, Nada Alam, Kuarters KLIA, sekitar Jalan Nilai–Sepang, Kolej Lagenda, Pinggiran Bayu, Staffield Resort dan College Height.

Norzita berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

"Pihak kami menempatkan tangki statik dan penghantaran lori tangki di kawasan terlibat. Kerja penyelenggaraan loji rawatan air, pemasangan injap dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Para pelanggan yang ingin mengetahui kawasan terlibat secara terperinci boleh melayari laman web Sains iaitu www.sainswater.com atau menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. - Bernama
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment