Ops Ronda keluar 257 saman

 
OPS RONDA di Jalan Stesen iaitu bersebelahan Seremban Prima, Jalan Datuk Hamzah (bersebelahan A&W), Jalan Raja Ali (berhampiran bangunan KWSP) dan Jalan Sungai Ujong (berhadapan Courts Mammoth).


SEREMBAN - Sebanyak 257 saman dikeluarkan polis membabitkan 73 kesalahan menerusi Ops Roda dijalankan selama dua jam oleh Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, operasi khas berlangsung dari jam 12 tengah malam kelmarin hingga 2 pagi semalam turut mendapat kerjasama Trafik
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

“Objektif utamanya bagi memastikan semua penunggang motosikal mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

“Selain itu, kita juga mahu motosikal digunakan mengikut spesifikasi kenderaan bermotor, dalam usaha menurunkan kadar kemalangan maut, kematian dan kemalangan biasa,” katanya.

Menurut beliau, lokasi menjadi tumpuan ialah Jalan Stesen iaitu bersebelahan Seremban Prima, Jalan Datuk Hamzah (bersebelahan A&W), Jalan Raja Ali (berhampiran bangunan KWSP) dan Jalan Sungai Ujong (berhadapan Courts Mammoth).

“Sebanyak 125 motosikal dan 57 kereta diperiksa Daripada jumlah itu, 31 kesalahan melibatkan lesen, LKM enam, insurans 10, nombor pendaftaran enam, cermin sisi enam manakala lain-lain pula sebanyak 14.

“JPJ pula mengeluarkan sebanyak 31 notis P22 dan 33 notis PG1,” katanya yang memberitahu hanya sebuah motosikal dan kereta disita oleh JPJ dalam operasi itu.

Katanya lagi, dua lelaki berusia 27 dan 22 tahun, turut ditahan bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Story credit: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ops-ronda-keluar-257-saman-1.386503
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment