Pelbagai acara sempena Festival Pantai PD

 

SEREMBAN 9 Mei – Festival Pantai Port Dickson 2015 akan diadakan selama empat hari mulai 4 Jun ini di Pantai Saujana dekat Port Dickson.

Ia memberi peluang kepada orang ramai dari seluruh negara menyertai dan mengunjungi aktiviti serta acara yang diadakan sempena cuti sekolah selama dua minggu bermula akhir bulan ini.


Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Baharudin Jali berkata, festival anjuran LPNS itu bertujuan mempromosikan Port Dickson yang bertaraf Pantai Peranginan Negara serta menjana ekonomi setempat.

Beliau berkata, ia juga memberi peluang kepada para usahawan untuk memperkenalkan produk masing-masing terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/pelbagai-acara-sempena-festival-pantai-pd-1.89969#sthash.krjGs71B.dpuf

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment