01 May 2015

Pusat sisa toksik, Kualiti Alam di Sendayan dibenarakan kontrak beroperasi 15 tahun lagi sehingga tahun 2030.

  01 May 2015


Ketika dihubungi Malaysiakini, Teo berkata kontrak operasi loji itu tamat pada 28 Februari tetapi kerajaan telah membenarkan ia terus beroperasi selama 15 tahun lagi.

Lebih 13,000 penduduk Negeri Sembilan telah menghantar petisyen kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, menggesanya menutup dan memindahkan pusat pengurusan sisa toksik di Sendayan yang dilaporkan menyebabkan penduduk berdekatan mengalami masalah kesihatan.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong berkata beliau menerima banyak aduan dari penduduk Kampung Felda Sendayan dan Bandar Sri Sendayan mengenai pusat pengurusan sisa berjadual bersepadu Kualiti Alam di situ.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata penduduk yang tinggal berhampiran loji itu mengadu mereka sering mengalami penyakit kulit dan sesak nafas akibat pencemaran udara.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Teo berkata kontrak operasi loji itu tamat pada 28 Februari tetapi kerajaan telah membenarkan ia terus beroperasi selama 15 tahun lagi.

Katanya, penduduk sudah menghadapi masalah itu selama hampir 20 tahun dan "kini kontrak telah tamat, (dan) anda melanjutkannya selama 15 tahun lagi?"

"Ini tidak adil kepada penduduk," tegasnya.

"Kontrak itu telah tamat, tetapi apabila saya menyentuh isu ini di Parlimen, menteri berkenaan memberitahu saya bahawa tapak itu masih mampu mengendalikan bahan buangan toksik selama 15 tahun lagi," katanya.

Kilang terbakar

Katanya, beliau berharap kementerian akan mengkaji perkara itu dengan serius, dan mengambil tindakan segera kerana hanya ia yang boleh berbuat demikian.

"Malah, Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan menyokong perjuangan kita. Beliau sendiri berkata pihak berkuasa (untuk menutup loji itu) adalah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar [...]. Mereka yang boleh buat keputusan," kata Teo.

Pusat pengurusan sisa Kualiti Alam diberikan lesen beroperasi pada tahun 1995 oleh kerajaan untuk menyediakan pengangkutan, analisis, rawatan dan pelupusan akhir buangan berjadual.

Pada 27 Februari, sehari sebelum kontrak operasi tamat, empat gudang menyimpan sisa toksik di loji itu dilaporkan terbakar, dan menutup kawasan sekitarnya dengan asap hitam yang tebal.

Full story: http://www.malaysiakini.com/news/296860
logoblog

Thanks for reading Pusat sisa toksik, Kualiti Alam di Sendayan dibenarakan kontrak beroperasi 15 tahun lagi sehingga tahun 2030.

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment