12 May 2015

Suri rumah maut akibat H1N1 di Negeri Sembilan

  12 May 2015
Sebanyak 14 kes H1N1 dilaporkan di negeri ini pada tahun ini dan 13 daripadanya telah pulih. - KOSMO!


Suri rumah dari Bandar Spring Hill, Port Dickson itu dimasukkan ke Hospital Port Dickson pada 6 Mei lalu selepas mengalami simptom sesak nafas dan loya.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Abdul Rahim Abdullah berkata, semasa mendapatkan rawatan keadaan kesihatan wanita itu teruk dan disyaki menghidap pneumonia.

"Pengesahan H1N1 itu diketahui melalui keputusan ujian makmal pada 8 Mei lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Abdul Rahim,langkah kawalan dan pencegahan telah dilaksanakan oleh pejabat Kesihatan Port Dickson.

Katanya, sebanyak 14 kes H1N1 dilaporkan di negeri ini pada tahun ini dan 13 daripadanya telah pulih. - KOSMO!




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz3ZzgQgHrj
logoblog

Thanks for reading Suri rumah maut akibat H1N1 di Negeri Sembilan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment