Habiskan masa sahur di balai

 


SEREMBAN - Seramai 170 orang yang ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, terpaksa menghabiskan masa sahur mereka di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban, di sini, semalam.

Mereka termasuk dalam kalangan wanita dan pelajar sekolah berusia seawal 15 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan dilakukan Cawangan Trafik IPD, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri membabitkan 93 pegawai dan anggota.

Ketua Jabatan Keten_teraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan, Superitendan Md Dali Wahid berkata, mereka ditahan dalam operasi dilakukan sejak 11.45 malam kelmarin sehingga 7 pagi semalam di Jalan Lingkaran Tengah / Dusun Nyior.

Beliau berkata, tujuan operasi adalah untuk mencegah aktiviti lumba haram dan samseng jalan serta membantu pencegahan jenayah.
“Kita telah memeriksa 177 buah motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 16 buah motosikal disita polis dan 19 buah motosikal lagi oleh JPJ,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 257 saman polis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 90 notis saman dikeluarkan JPJ seperti tiada lesen, insurans dan cukai jalan tamat tempoh.

Selain itu katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 15 tahun hingga 24 tahun dan terdapat beberapa remaja perempuan turut terpaksa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Jangan ingat pada bulan Ramadan polis tidak menjalankan operasi, tapi ia sebenarnya lagi dipergiatkan," katanya di sini, semalam. - sinarharian
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment