Hospital Rembau dijangka siap 2017

 


SEREMBAN - Pembinaan Hospital Rembau dengan kos RM100 juta dijangka siap pada 2017, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Katanya, dengan siapnya Hospital Rembau itu, bermakna setiap daerah di Negeri Sembilan akan mempunyai hospital.

"Hospital Rembau dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar di Chembong dan dilengkapi dengan 97 katil serta kemudahan rawatan lain setaraf hospital daerah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MySihat di SJK(T) Rantau dekat sini hari ini.

Katanya, selain Seremban, daerah lain yang kini mempunyai hospital ialah Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Tampin.

Hospital Seremban dan Kuala Pilah merupakan hospital pakar manakala Hospital Port Dickson yang akan dinaik taraf terdapat pakar dalam beberapa bidang. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3eN9Wjh00
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment