Krisis air: Bersediakah rakyat?

 


KUALA LUMPUR - Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan) menjangkakan krisis air di Selangor bakal memberi kesan buruk kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidennya, Muhammad Tariq Loong Abdullah kesal terhadap ketidaktentuan yang berpanjangan dalam industri bekalan air.

"Krisis air adalah sesuatu yang kita tidak mahu dengar. Tahun lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) terpaksa melaksanakan catuan air di negeri Selangor dan Kuala Lumpur selama hampir tiga bulan bermula dari minggu ketiga bulan Februari sehingga akhir Jun 2014 akibat daripada begitu banyak kejadian kekurangan air yang dialami untuk tahun-tahun kebelakangan ini.

"Walaupun tidak ada petunjuk bahawa catuan air akan dilaksanakan tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Selangor, namun, pengguna di Semenyih telah mengalami gangguan air tanpa henti," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas beliau, air yang dirawat yang dihasilkan oleh kilang-kilang rawatan air juga masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Beliau turut mempersoalkan pelan kontingensi dalam menangani masalah bekalan air kerana salah satu faktor penyumbang adalah Air Tidak Berhasil (NRW) disebabkan paip pecah dan kebocoran paip.

"Hasil Capital Expenditure (Capex) digantung, Syabas sebagai pengedar air bersih kepada pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mampu menggantikan sebahagian kecil daripada Asbestos Cement lama (AC) paip.

"Sehingga kini, hanya 1,020km dari 6423 AC paip lama telah diganti. Jika penyusunan semula itu tidak dimuktamadkan, siapa yang akan ambil tanggungjawab ini dan apa pendekatan mereka dalam mengurangkan masalah NRW," katanya.

Menurutnya, Swan bimbang jika masalah berterusan, ia memberi kesan kepada tahap perkhidmatan yang akhirnya keperluan pengguna diletakkan dalam keadaan berbahaya.

Beliau turut menyarankan Projek Langat 2 diselesaikan secara muktamad supaya pengguna tidak tidak terus menjadi mangsa. - Sinar Harian
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment