Semenyih tak cukup bekalan air terawat‎

 
BEKALAN air terawat yang tidak mencukupi punca penduduk Semenyih berdepan dengan masalah air yang berpanjangan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata, hanya penduduk yang berdekatan dengan sistem bekalan air sahaja berpeluang mendapatkan bekalan air terawat.

Menurutnya, mereka yang tinggal di kawasan jauh sering menjadi mangsa kekurangan bekalan air.

“Bekalan biasanya akan mengalir ke kawasan terhampir sebelum naik ke kawasan yang tinggi.

“Kekurangan air menyebabkan bekalan tidak dapat sampai ke tempat yang tinggi dan kawasan yang jauh daripada sistem bekalan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Krisis air: Bersediakah rakyat?]

Priscilla berkata, Syabas telah memaklumkan masalah itu kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang bertanggungjawab memastikan bekalan air terawat mencukupi untuk diagihkan kepada rakyat.

“Peranan Syabas hanya mendapatkan air daripada pembekal dan melakukan pengagihan kepada pengguna.

“Jika bekalan tidak mencukupi, bagaimana kita nak agihkan air terawat kepada pengguna,” katanya.

Jelas Priscilla, Semenyih adalah kawasan yang pesat membangun dan bekalan air yang banyak diperlukan untuk diagihkan kepada penduduk.

Menjawab cadangan catuan air yang disuarakan oleh Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz sebelum ini, Priscilla berkata, Syabas tidak mempunyai kuasa untuk melakukan catuan.

Katanya, hanya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengarahkan catuan.

“Sebagai pengagih, kita tidak boleh melakukan apa-apa tanpa arahan dari kerajaan negeri ataupun Span.

“Kerja kita hanya agih air, memastikan bekalan mencukupi dan menjaga kepentingan penggunaa,” katanya. - http://www.sinarharian.com.my
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment