Pelajar Tuanku Jaafar, Ampangan maut akibat kencing tikus

 

Seremban: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dijangkiti virus Leptospirosis atau kencing tikus.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, pada 25 Mei lalu kerana mengalami komplikasi dan kegagalan organ utama sebelum meninggal dunia Jumaat lalu.

Menurutnya, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan di sini, sebelum itu menunjukkan gejala demam, sakit sendi, sakit otot, batuk dan selesema bermula 21 Mei dan dirujuk ke klinik kesihatan pada 25 Mei lalu diserahkan ke HTJ hari sama.

"Hasil siasatan, mangsa bersama 49 pelajar sekolah berkenaan menghadiri perkhemahan di Kem Berhulu Hutan Lipur Serting Ulu, Jempol dekat sini, selama dua hari pada 8 Mei.

"Sebanyak 15 kes yang mengalami gejala wabak terbabit iaitu seorang mangsa meninggal dunia manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sampel klinikal yang diambil daripada mangsa sudah dihantar untuk ujian makmal dan pihaknya masih menunggu keputusan sama ada kematiannya berpunca daripada Leptospirosis.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55386#sthash.zsbxwpmS.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment