Rumah Terbuka MB Negeri Sembilan Pada 25 Julai

 

Picture credit: http://n9kini.com/

SEREMBAN, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau dekat sini pada 25 Julai.

Ia akan berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang.

Beliau dan keluarganya menjemput semua rakyat ke rumah terbuka tersebut.

Mohamad berkata perkhidmatan seperti bas dan van percuma akan disediakan di sekitar Pekan Rantau untuk membawa orang ramai ke majlis tersebut.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan di Dataran Rembau pada 2 Ogos yang dijangka turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menganjurkan rumah terbuka di Grand Beach Resort, Port Dickson pada 20 Julai bermula tengah hari.

Beliau juga akan mengadakan jamuan Aidilfitri di Dewan Feldajaya, Bandar Seri Jempol pada 27 Julai bermula 3.30 petang.

-- BERNAMA
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment