Gangguan bekalan air di Jempol, Tampin pada 1 September

 
SEREMBAN: Beberapa kawasan di Jempol dan Tampin dekat sini, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 1 September ini berikutan kerja penyambungan paip air dan penyelenggaraan sistem bekalan air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail, berkata pihaknya akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air bagi membolehkan kerja terbabit dilaksanakan.

"Bagi kawasan Jempol, kerja penyambungan paip di Jalan Mahsan menyebabkan penutupan bekalan air bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam, manakala di Tampin, kerja penyambungan paip di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru memerlukan penutupan bekalan selama 24 jam bermula jam 8 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kawasan yang terbabit di Jempol adalah sekitar kawasan Mahsan, Taman Industri Mahsan, Taman Margosa, Taman Mahsan, Taman Sri Mahsan, Kampung Mahsan, Kolej Komuniti Mahsan, Taman Teratai, FELDAJaya, Taman Industri Bahau, Kampung Bayai Baru, Kampung Bayai Lama, sekitar kawasan Batu Kikir, Kampung Serting Tengah dan Kampung Serting Ulu.

Di Tampin, kawasan terjejas ialah Kem Syed Sirajuddin Gemas, FELDA Bukit Jalor, Kampung Anak Air Kuning, Kampung Bukit Rokan, Taman Bukit Sentosa, Taman Morris, Air Kuning, Taman Sentosa, Taman Desa Bakti, Taman Desa Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Gemas Setia.

Taman Gemas Indah, Taman Sungai, Taman Damai, Rumah Rakyat Gemas, Pekan Gemas, Kampung Tiong, Kampung Baru Gemas, Kampung Melayu Bukit Masjid, Taman Sahabat, Kawasan Industri Gemas, Kuarters KTM Gemas, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Dua.

Taman Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, Rumah Kilang Getah FELDA Pasir Besar, Kampung Londah, Ulu Ladang, Kampung Bangka Hulu, Kampung Ladang, Taman Halacara Baru, Desa E Kasih.

Sementara itu, bekalan air di Gugusan FELDA Palong di Jempol, turut terbabit dalam penutupan bekalan air selama 24 jam seperti di daerah Tampin, kerana mendapat bekalan air dari LRA Gemas Baru.- http://www.bharian.com.my/node/77015
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment