Kenaikan tarif air imbangi kos operasi

 


SEREMBAN 12 Ogos - Justifikasi kenaikan tarif air dengan kadar mendadak dan penambahan hasil bulanan melibatkan pengguna kategori B iaitu perdagangan dan perindustrian adalah untuk mengimbangi kos operasi.

Mohamad Hasan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semakan terakhir tarif air adalah pada tahun 2001 iaitu 13 tahun lalu.
“Kadar baharu yang ditetapkan untuk kategori B itu bertujuan mengimbangi kos operasi semasa yang semakin meningkat,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, permohonan pelarasan tarif itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sejak tahun 2010.
“Kenaikan telah ditangguhkan beberapa kali sebelum ini dan telah mendapat kelulusan SPAN pada 28 April tahun lalu,” jelasnya.

Sehubungan itu kata Mohamad, hasil bil air bagi 49,000 pengguna kategori B dianggarkan sebanyak RM4.2 juta sebulan.

Sementara itu dalam perkara berasingan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, program Zon Sifar Sampah yang merupakan usaha kerajaan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam aspek menjaga kebersihan alam sekitar, telah disambut baik.

Kata Jalaluddin, sebanyak lapan kawasan Zon Sifar Sampah telah diwujudkan dalam negeri ini iaitu di bandar Seremban; Putra Point, Nilai; Tampin Square; Pantai Saujana, Port Dickson; Bandar Seri Jempol; pekan Kuala Klawang, Jelebu; Taman Rekreasi Jalan Bukit, Kuala Pilah dan pekan Rembau.
“Kita dapati sejak diperkenalkan zon tersebut, kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kebersihan kawasan semakin meningkat dan pada masa yang sama, persekitaran menjadi bersih,” ujarnya.
Tambahnya, melalui program itu, kerajaan berhasrat untuk menerapkan budaya bersih dalam kehidupan masyarakat.

“Budaya bersih itu bukan sahaja merujuk kepada kebersihan di kawasan awam atau Zon Sifar Sampah yang telah dipilih, tetapi juga kebersihan di kawasan pelancongan dan persekitaran rumah.
“Budaya yang diamalkan oleh masyarakat itu akan membantu mengurangkan risiko penyakit seperti demam denggi, kencing tikus dan lain-lain,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/kenaikan-tarif-air-imbangi-kos-operasi-1.123544#sthash.23DSh4Jv.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. I am Hwa Jurong, a Private Money Lender do you need a loan to start up business or to pay your bills and a corporate financial for real estate and any kinds of business financing. I also offer Loans to individuals,Firms and corporate bodies at 2% interest rate. I give out loan to serious minded people that are interested of loan if interested contact this email: hwajurong382@yahoo.com.sg or hwajurong12@gmail.com

    ReplyDelete