06 August 2015

Kes demam denggi di NS naik mendadak

  06 August 2015


SEREMBAN - Kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan dua kali ganda sepanjang minggu lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, sebanyak 86 kes direkodkan sepanjang minggu lalu berbanding 41 kes pada minggu sebelumnya.

“Daerah Seremban mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda apabila sebanyak 65 kes direkodkan berbanding 19 kes pada minggu sebelumnya.

“Daerah lain mencatatkan sedikit kenaikan dan penurunan berbanding daerah Seremban yang menunjukkan jumlah kes yang sangat tinggi,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,263 kes demam denggi direkodkan bermula awal Januari hingga 1 Ogos lalu.

“Daripada jumlah itu, enam kes merupakan denggi berdarah. Empat kawasan wabak aktif telah dikenal pasti iaitu dua di Seremban dan masing-masing satu di Port Dickson dan Jempol.

“Bagaimanapun, jumlah ini menunjukkan penurunan hampir 50 peratus berbanding 2,598 kes dicatatkan sepanjang tempoh itu pada tahun lepas,” katanya di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak tujuh kematian direkodkan yang berpunca daripada gigitan aedes itu.

“Pada minggu lepas, seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Jempol. Punca kematian disyaki akibat demam denggi. Bagaimanapun punca sebenar kematian sedang dikenal pasti dan kita masih menunggu laporan perubatan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mengutamakan aspek kebersihan di kawasan tempat tinggal bagi mengelak wabak menular. - Sinar Harian
logoblog

Thanks for reading Kes demam denggi di NS naik mendadak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment