Catuan air N. Sembilan ditentukan minggu depan

 


SEREMBAN 16 Mac – Kerajaan ne­geri akan memutuskan sama ada untuk melaksanakan atau tidak catuan bekalan air di negeri ini dalam satu mesyuarat khas pada minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat itu diadakan berikutan paras air di enam daripada tujuh empangan di negeri ini hampir mencecah tahap kritikal ekoran cuaca panas ketika ini.

Katanya, kecuali Empangan Ulu Sepri yang berada pada paras baik, kesemua empangan lain mempunyai bekalan air yang mampu bertahan untuk tempoh 30 hingga 45 hari.
Jelasnya, Empangan Gemencheh pula paling terjejas iaitu di bawah tahap kritikal dan menghampiri tahap minimum.

“Dalam mesyuarat itu kita akan meneliti keadaan loji rawatan air dan empangan serta putuskan sama ada perlu atau tidak untuk membuat catuan bagi mengawal kadar air.
“Kita akan lihat berapa lama bekalan di empangan bertahan dan bila masa untuk mencatu air jika perlu dilakukan,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Tujuh empangan di negeri ini ialah Empangan Talang di Kuala Pilah, Empangan Triang (Jelebu), Empangan Sungai Terip (Seremban), Empangan Kelinchi (Kuala Pilah), Empangan Ulu Sepri (Rembau), Empangan Gemencheh (Tampin) dan Empangan Sungai Beringin (Rembau).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/catuan-air-n-sembilan-ditentukan-minggu-depan-1.201433#sthash.wlvTPUCy.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment