Kilang terbakar, dua pekerja cedera

 

NILAI - Dua lelaki pekerja sebuah kilang tekstil di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini, cedera ringan akibat terkena serpihan letupan dalam kebakaran, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan, kira-kira 10.20 pagi.

“10 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2 termasuk Unit Bahan Bahaya (Hazmat) dan Perkhidmatan Respon Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi dengan kekuatan seramai 40 pegawai dan anggota. -- http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/kilang-terbakar-dua-pekerja-cedera-1.495879

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment