NS batal cadangan catuan air

 


SEREMBAN: Negeri Sembilan tidak akan melaksanakan catuan air dalam masa terdekat berikutan kajian mendapati paras sungai dan empangan di negeri ini boleh bertahan lebih lama berbanding jangkaan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata walaupun paras air kebanyakan empangan di negeri ini hampir mencapai kritikal, banyak sungai yang turut menjadi sumber bekalan air berada pada paras stabil. "Kita tidak bergantung bekalan air daripada empangan semata-mata, sebaliknya banyak loji rawatan air (LRA) memperoleh bekalan air daripada sungai. "

Jadi, buat masa ini, kita dapati tiada keperluan melaksanakan catuan air. Bagaimanapun, kita tetap meminta rakyat berhemah menggunakan air bagi membolehkan bekalan dapat bertahan lebih lama dalam menghadapi musim panas dan kering," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, hari ini. Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan negeri mempertimbangkan untuk membuat catuan air jika tiada hujan dalam tempoh beberapa minggu berikutan penurunan air empangan berterusan akibat cuaca panas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136482
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment