Selangor lancar operasi pemutihan banteras 24 jeti haram

 


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak terlibat.

"Tindakan undang-undang perlu dilakukan segera bagi memelihara hutan paya bakau di sepanjang Sungai Besar Sepang yang merupakan penghadang utama hakisan ombak di Pantai Bagan Lalang.
"Saya tidak mahu jeti-jeti haram ini masih berterusan kerana kewujudannya mendatangkan pelbagai masalah termasuk daripada segi pencemaran kepada sungai dan hutan bakau," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di Jeti Penambang bersempena Program Retreat Exco Selangor 2016 di sini hari ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/selangor-lancar-operasi-pemutihan-banteras-24-jeti-haram-1.200011#sthash.F4608ggy.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment