Flash mob bangkit kesedaran kesan GST

 
SEREMBAN – Bagi membangkitkan kesedaran rakyat mengenai kesan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Pemuda Pakatan Harapan negeri menganjurkan flash mob di susur keluar Tol Senawang, di sini, lewat petang kelmarin.

Kira-kira 100 ahli Pakatan Harapan menyertai flash mob berkenaan dengan memegang sepanduk bertulis antaranya ‘Bantah GST’, ‘No GST’, ‘Mansuh GST’ dan lain-lain.

Pengarah Mobilisasi Pemuda Pakatan Harapan negeri, Sahrizal Masrudin berkata, flashmob yang diadakan ini melambangkan suara rakyat agar ia dapat didengar oleh pimpinan kerajaan kini.

“Selain itu, ia juga menunjukkan kepada rakyat di mana Pakatan Harapan di negeri ini sentiasa mengambil berat isu-isu yang telah mengundang kepada kesusahan rakyat berikutan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya. READ MORE: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/flash-mob-bangkit-kesedaran-kesan-gst-1.505236


logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment