Sains adakan solat hajat mohon hujan

 

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) hari ini menunaikan solat hajat di Empangan Sungai Terip, Jalan Pantai, di sini, bagi memohon hujan.

Kira-kira 70 orang terdiri daripada kakitangan Sains dan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Falah, Rantau, melakukan solat sunat Istisqa di kawasan empangan jam 10.30 pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah Sains, Wan Rasdi Wan Ismail dan Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim.

Menurut Wan Rasdi, solat hajat ini diadakan bagi memohon hujan di negeri ini berikutan musim kemarau yang melanda negara.

"Tujuh empangan di negeri ini masih dalam paras baik dan mampu bertahan hingga Jun.

"Namun paras Empangan Gemencheh dibawah paras kritikal iaitu 94 meter. Tetapi kita akan mengepam air dari Sungai Jelai ke Empangan Gemencheh bagi mengatasi masalah ini," katanya selepas solat hajat di Empangan Sungai Terip, di sini. Read more: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/sains-adakan-solat-hajat-mohon-hujan-1.506542 

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment