07 April 2016

SPRM tahan pensyarah wanita terima rasuah RM8,000

  07 April 2016

SPRM tahan pensyarah wanita terima rasuah RM8,000

Oleh Ziauddin Sharuddin


SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pensyarah wanita sebuah institut pendidikan guru di sini, petang semalam. 

Pensyarah berumur lingkungan 50-an itu ditahan di sebuah restoran di Sikamat dekat sini. 

Menurut sumber SPRM, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Katanya, suspek dipercayai meminta dan menerima suapan hampir RM8,000 sebagai balasan memberikan kerja membekal dan menyediakan makanan bagi Program Transformasi Minda. 

"SPRM akan memohon reman terhadap wanita terbabit di Mahkamah Sesyen di sini petang esok," katanya.  


logoblog

Thanks for reading SPRM tahan pensyarah wanita terima rasuah RM8,000

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment