Hospital USIM Nilai 2019

 

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merancang untuk membina sebuah hospital bernilai kira-kira RM500 juta yang mampu memuatkan sebanyak 180 hingga 200 katil pesakit pada satu-satu masa di daerah ini.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, hospital itu akan menawarkan perkhidmatan perubatan kepada orang ramai seperti Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jelas beliau, hospital itu akan dibina dalam Kompleks Kesihatan USIM yang akan didirikan di sebuah kawasan berhampiran USIM Nilai.

"Kompleks Kesihatan USIM merupakan rancangan masa hadapan kami. Ia akan turut dilengkapi asrama pelajar, kuarters kakitangan, kemudahan parkir hospital berkapasiti 1,500 petak dan pusat kediaman warga emas.

"Anggaran kos keseluruhan projek ini kira-kira RM1.3 bilion akan dibina melalui pembiayaan swasta," katanya dalam satu kenyataan sempena kunjungan Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud ke Kampus USIM Pandan Indah di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Musa memaklumkan projek pembinaan bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM di Nilai dijangka siap pada tahun 2019.

Meurut beliau, projek itu akan bermula penghujung Februari ini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dengan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa selama 30 bulan.

"USIM meletakkan harapan pengambilan dan pendaftaran kumpulan pelajar perubatan kami pada tahun 2019 akan menjadi kumpulan pertama mendaftar di bangunan baharu ini," katanya

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz4ZQHFdyMs 

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment