SEREMBAN: Rompak farmasi guna kapak

 

Seremban: Sebuah farmasi di Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, kerugian hampir RM5,000 sebaik dirompak dua penjenayah bersenjatakan kapak, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, dalam kejadian 6.10 petang, suspek berpura-pura mahu membeli krim gatal sebelum melakukan rompakan berkenaan.

Katanya, penjenayah terbabit mengacukan senjata terhadap penjaga kaunter dan melarikan wang tunai hampir RM1,500 serta dua telefon bimbit.

"Ketika kejadian, suspek memakai topi keledar dan melarikan diri menggunakan sebuah motosikal," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis dan memburu suspek mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

logoblog
Previous
« Prev Post

1 comment: