Kemalangan maut , penunggang cuba elak lembu

 

PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan beberapa lapan buah kenderaan pagi ini.


Kejadian berlaku sekitar jam 6.30pagi kilometer 21.1 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Port Dickson ke Seremban sebelum susur keluar Lukut.

Sinar Harian difahamkan, mangsa yang maut sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Lukut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu salah sebuah kereta yang terlibat kemalangan mengelak seekor lembu lalu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar besi pembahagi jalan di tengah jalan.

"Kereta itu berpusing dan melanggar besi pengadang tepi jalan menyebabkan motosikal yang berada di lorong kiri jalan tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang sebelah kanan kereta tersebut," katanya.

Menurutnya, akibat dari pelanggaran tersebut motosikal dan penunggangnya tercampak ke lorong kanan jalan menyebabkan sebuah kereta lain telah mengheret motosikal tersebut sejauh 120 meter dari tempat pertama mangsa terjatuh dan kedua-dua kenderaan tersebut terbakar.

"Tiga buah kereta yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

"Akibat daripada itu  penunggang motosikal maut serta-merta di tempat kejadian," katanya.

Adzli berkata, kemungkinan ada beberapa kenderaan lagi yang terlibat dalam insiden ini dan masih belum membuat laporan polis.

Sementara Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohamed Gadaffi Abd Manaf berkata, pihaknya mengambil masa dua jam untuk memadam kebakaran dan sehingga operasi selesai.

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment