16 March 2017

Lexis Hibiscus Port Dickson terima dua rekod Guinness World Records

  16 March 2017

TELOK KEMANG 14 Mac - Resort rumah air terbesar di Malaysia, Lexis Hibiscus Port Dickson dekat Pasir Panjang di sini, hari ini menerima secara rasmi dua pengiktirafan daripada Guinness World Records.

Rekod pertama ialah bagi 'kolam renang terbanyak di 643 unit resort' dan kedua 'vila atas air terbanyak di 522 unit resort' melalui penyelidikan yang telah disahkan pada 14 Oktober tahun lalu.

Majlis penyerahan plak rasmi untuk kedua-dua rekod itu telah diadakan di resort berkenaan hari ini yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Pengerusi Kuala Lumpur Metro, Datuk Mat Hassan Esa.

Plak itu diserahkan oleh wakil Guinness World Records, Swapnil Dangarikar kepada Pengarah Urusan Kuala Lumpur Metro, Datuk Low Tak Fatt dan Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lexis-hibiscus-port-dickson-terima-dua-rekod-guinness-world-records-1.457085#ixzz4bUn5WQ3A 

logoblog

Thanks for reading Lexis Hibiscus Port Dickson terima dua rekod Guinness World Records

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment