Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyertai Sahabat Gerah SPRM hari ini.

 
SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyertai Sahabat Gerah SPRM hari ini.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, sokongan yang dizahirkan kedua-dua menteri besar itu diyakini akan menjadi pencetus gelombang kepada penjawat awam dan masyarakat khususnya di Negeri Kedah dan Negeri Sembilan untuk menyertai Sahabat Gerah SPRM.

Sahabat Gerah SPRM dilancarkan pada 1 Ogos lalu oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah.


Sahabat Gerah SPRM turut berperanan menjadi mata dan telinga kepada SPRM, melaporkan segala perlakuan rasuah, serta salah guna kuasa kepada SPRM, menyumbang tenaga dalam usaha pencegahan rasuah dan menjadi ‘role model’ individu berintegriti kepada masyarakat.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/mb-kedah-negeri-sembilan-sertai-sahabat-gerah-sprm-1.716309
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment