UTC Negeri Sembilan kini 80 peratus siap

 

SEREMBAN - Projek Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bangunan Angsana Seremban, Ampangan di sini, kini telah siap 80 peratus dan dijangka akan dapat beroperasi Januari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza berkata, projek mengubah suai bangunan terbabit telah bermula 1 Ogos lalu yang melibatkan anggaran kos RM25 juta.

“Saya difahamkan terdapat 16 agensi disediakan di sini bagi memudahkan orang ramai berurusan antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Tabung Haji, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) serta kemudahan klinik UTC dan klinik gigi.

“Pada masa sama terdapat 16 lot perniagaan dan yang pasti orang ramai tidak lagi berhadapan masalah meletak kenderaan kerana terdapat 200 lot pakir disediakan di bangunan ini dan kawasan sekitar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di projek berkenaan pagi tadi.

Hadir sama, Ketua Projek Angsana Seremban, Rosdi Mohamed.

Menurutnya, kemudahan itu nanti pastinya akan memberi limpahan ekonomi kepada kira-kira 60,000 penduduk di kawasan Ampangan terutamanya bagi pengusaha makanan.

Untuk rekod, ia merupakan UTC pertama di Negeri Sembilan.

Credit:http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/utc-negeri-sembilan-kini-80-peratus-siap-1.745711 

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment