28 November 2017

Jalan Seremban-Kuala Pilah Ditutup 30 Nov Sempena Perasmian UTC

  28 November 2017

Photo credit: B Harian

SEREMBAN, 28 Nov (Bernama) -- Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan di sini akan ditutup pada Khamis (30 Nov) ini sempena majlis perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Majlis perasmian UTC itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata penutupan jalan itu adalah mulai pukul 11 pagi hingga 1.30 petang berdasarkan kepada jadual perjalanan program perasmian tersebut.

"Sehubungan itu para pengguna jalan raya dari arah Seremban-Kuala Pilah boleh memilih laluan alternatif dari Jalan Pantai melalui Lebuh Raya Lekas atau memasuki Jalan Tok Dagang untuk menghala ke arah Kuala Pilah bagi mengelakkan kesesakan di lokasi perasmian tersebut."

Reading full story: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1415123  
logoblog

Thanks for reading Jalan Seremban-Kuala Pilah Ditutup 30 Nov Sempena Perasmian UTC

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment