RM3.26 Juta Untuk Penyelenggaraan 46 SJKC Di N.sembilan

 


SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Kementerian Pendidikan memperuntukkan sejumlah RM3.26 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil di 46 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bantuan kerajaan di Negeri Sembilan.

Peruntukan itu diserahkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis penyerahan di sini, untuk diagihkan kepada kesemua sekolah berkenaan.

Chong dalam ucapannya berkata Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang menerima peruntukan khas menerusi Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bagi tahun ini.

"Bantuan ini diberikan tanpa henti...saya nak maklumkan sejak 2012 hingga 2017, di Negeri Sembilan sebanyak 46 SJKC menerima bantuan ini membabitkan lebih 19 juta peruntukan dibelanjakan untuk membaik pulih dan menyelenggara persekitaran sekolah," katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1406498
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment