HEBAHAN PENUTUPAN JALAN BERIKUTAN PENGUATKUASAAN PKPB BAGI MENGAWAL PERGERAKAN INTER STATE DI DAERAH SEREMBAN

 
HEBAHAN PENUTUPAN JALAN BERIKUTAN PENGUATKUASAAN PKPB BAGI MENGAWAL PERGERAKAN INTER STATE DI DAERAH SEREMBAN

Seremban, 14 Mei 2020 - Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh pihak kerajaan, laluan Plaza Tol Labu menghala ke utara (plaza tol baru) dari arah Seremban 2 / Jalan Bukit Nenas ditutup bermula 14 Mei 2020 sehingga selesai.

Semua kenderaan ringan (kereta, motorsikal dll) yang ingin menghala ke arah utara atau ke Kuala Lumpur diminta membuat pusingan U di susur ke Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dan gunakan laluan di Plaza Tol Labu arah utara (plaza tol lama). Laluan ini dibuka seperti biasa kepada pengguna jalanraya dengan pemeriksaan pihak berkuasa. 

Kenderaan berat (lori, trailer dll) yang ingin ke arah utara atau Kuala Lumpur yang datang dari arah Seremban 2 / Jalan Bukit Nenas diminta untuk menggunakan laluan alternatif dan masuk ke Lebuhraya PLUS melalui Plaza Tol Ainsdale.

Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan sebaik mungkin bagi memastikan pemanduan serta pergerakan berjalan dengan lancar.
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a comment