June 04, 2020

𝟴 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 (𝗦𝗢𝗣) 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗠𝗞𝗡)

  June 04, 2020

𝟴 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 (𝗦𝗢𝗣) 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗠𝗞𝗡)

Sebanyak 8 masjid di seluruh Negeri Sembilan bakal dibuka untuk solat Jumaat bersama orang awam pada 5 Jun 2020 ini. Ini adalah projek perintis bagi memperhalusi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN.

Percubaan ini dijalankan bagi menilai tahap disiplin masyarakat dalam mematuhi penjarakan sosial, serta SOP yang dikeluarkan oleh MKN. 

Setiap pemohon yang ingin menyertai solat Jumaat ini haruslah membuat permohonan secara atas talian di laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) (https://pmc.jheains.my/web_senarai_kursus.php). 

Antara syarat permohonan adalah:
i. Sihat tubuh badan
ii. Berumur di antara 20 hingga 60 tahun

Setiap pemohon yang berjaya akan diberikan kod QR yang spesifik dan kod tersebut haruslah ditunjukkan kepada pegawai masjid bertugas sebelum dibenarkan masuk. 

Setiap jemaah yang terpilih perlu mengambil wudhu di rumah masing-masing dan membawa sejadah, pen, hand sanitizer, penutup muka serta plastik selipar sendiri. Jemaah yang terpilih juga harus mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak pengurusan masjid dan JHEAINS bagi memastikan kelancaran SOP solat Jumaat.

Sekiranya masyarakat mematuhi SOP di 8 buah masjid perintis ini, Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi kebenaran melaksanakan solat Jumaat di seluruh Negeri Sembilan.

𝘿𝙖𝙩𝙤' 𝙎𝙚𝙧𝙞 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘼𝙢𝙞𝙣𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣
𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘳𝘶𝘭 𝘒𝘩𝘶𝘴𝘶𝘴
3 Jun 2020

Credit. Courtesy of 𝘿𝙖𝙩𝙤' 𝙎𝙚𝙧𝙞 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘼𝙢𝙞𝙣𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣 FB 
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment