Inisiatif hijau Seremban: Pusat pandu lalu kitar semula kini beroperasi
芙蓉绿色倡议:回收站现已投入运作
Pada 5 Jun 2025, Matrix Concepts Holdings Berhad melancarkan Pusat Pandu Lalu KITARecycle di d’Tempat Country Club, Seremban, sebagai usaha memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini bertujuan menjadikan kitar semula sebagai rutin mudah dan bermanfaat melalui sistem ganjaran dalam aplikasi KITARecycle, di mana pengguna boleh menebus mata kepada wang tunai. Program ini mendapat sokongan strategik daripada SWM Environment, Majlis Bandaraya Seremban (MBS), dan KlothCare.
Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai, menyatakan bahawa pihaknya menyasarkan kutipan 50 tan bahan kitar semula dalam tempoh 12 bulan pertama serta merancang untuk memperluaskan kemudahan melalui tong satelit di kawasan perbandaran Matrix di Lembah Klang dan Johor. Pusat KITARecycle ini merupakan kemudahan ketujuh dikendalikan oleh SWM, dengan rekod pungutan mencecah 724 tan tahun lalu dan lebih 306 tan dalam empat bulan pertama tahun ini sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J. Arul Kumar, menyambut baik langkah Matrix sebagai projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang wajar dicontohi pemaju lain. Beliau menggalakkan lebih banyak pemaju menyediakan kemudahan seperti ini yang bukan sahaja mesra alam, melibatkan komuniti secara langsung.
📷Credit. And read full story
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/pusat-pandu-lalu-kitar-semula-sasar-50-tan-sisa/
No comments:
Post a Comment