51 warga negara Vietnam, China dan Thailand pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi di empat premis hiburan di Seremban 2.

 
SEREMBAN - Seramai 51 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam satu operasi di empat premis hiburan di bandar ini dan Seremban 2, di sini, semalam.

Operasi yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dari Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg) Bukit Aman itu dijalankan secara serentak di empat premis hiburan termasuk rumah urut yang menyediakan khidmat GRO kepada pelanggan mereka.

GRO yang ditahan terdiri daripada 39 warga negara Vietnam, lapan warga China dan empat warga Thailand yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Turut dirampas kira-kira 100 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM30,000, kondom dan cecair pelincir untuk tujuan seks.

Semua yang ditahan dibawa ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut.

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment