25 April 2015

Mah Sing-Seremban Township turut menawarkan projek kediaman atas tanah menjelang separuh kedua 2015 pada harga bermula RM300,000

  25 April 2015

Kuala Lumpur: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) memperuntukkan pelaburan sebanyak RM3.43 bilion untuk membangunkan kira-kira 10 projek kediaman sepanjang tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Steven Ng Poh berkata, pihaknya juga yakin untuk mencapai unjuran peningkatan jualan sebanyak 14 peratus tahun ini kepada RM3.4 bilion berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, syarikat memberi tumpuan terhadap projek kediaman mampu milik kepada orang ramai dengan lokasi utama di sekitar Lembah Klang.

“Setakat 22 April 2015, Mah Sing telah mencapai jualan sebanyak RM761 juta dan kami yakin sasaran jualan tahun ini akan dapat dicapai kerana projek bercampur yang dijalankan berada di lokasi yang tepat, strategik serta ditawarkan pada harga menarik.

“Projek Greater KL dan Lembah Klang dijangka menyumbang sebanyak 67 peratus kepada jualan tahun ini, diikuti Johor (20 peratus), Pulau Pinang (11 peratus) dan Sabah (2.0 peratus),” katanya pada sidang media sempena Invest Malaysia 2015, semalam.

Menurutnya, projek yang dijangka mendapat sambutan adalah di M Residence3@Rawang iaitu kediaman dua setengah tingkat dengan keluasan 3,168 kaki persegi pada harga bermula RM500,000.

Selain itu, Festival Lakecity, Puchong dan Seremban Township Land turut menawarkan projek kediaman atas tanah menjelang separuh kedua 2015 pada harga bermula RM300,000.

Read more: http://www.hmetro.com.my/node/46176?m=1

logoblog

Thanks for reading Mah Sing-Seremban Township turut menawarkan projek kediaman atas tanah menjelang separuh kedua 2015 pada harga bermula RM300,000

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment