MPS terus pertingkat kecemerlangan

 

Photo credit: http://www.utusan.com.my/

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, maklum balas daripada orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan PBT amat baik dan antara yang cemerlang ialah Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
“Orang ramai telah menerima baik perkhidmatan yang diberikan, kecekapan pengurus dan mengawal selia kewangan. Saya ucapkan tahniah kepada MPS di atas komitmen yang cemerlang itu dan teruskan kecemerlangan ini,” katanya dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun MPS Ke-118 di Dewan MPS dekat sini baru-baru ini.
Kata beliau, kerajaan juga berbangga dengan pengurusan kewangan yang cekap dan telah menjadikan kewangan MPS kukuh dengan seliaan yang baik kakitangan jabatan berkenaan.

Dalam masa yang sama, Mohamad mencadangkan supaya sebuah menara dibangunkan di tengah bandar Seremban ini sebagai satu mercu tanda pengurusan dan pentadbiran MPS.

“Dengan kewangan MPS yang diurus dengan baik serta kukuh, selain pentadbiran yang cemerlang, saya berharap prestasi yang membanggakan itu terus dipertahankan dan dalam masa yang sama, binalah kecemerlangan yang pelbagai untuk meletakkan MPS di tempat yang lebih tinggi,” jelasnya.
Mohamad juga mengingatkan kakitangan MPS supaya sentiasa bersiap sedia dengan pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya.
“Kita akan umumkan apabila sudah siap sedia sepenuhnya. Kita telah pun mendapat kelulusan dan saya berharap seluruh kakitangan MPS sudah pun bersedia untuk menerima pengumuman itu kelak,” tegasnya.

Katanya, dengan Seremban dan Port Dickson diletakkan dalam jajaran Greater Klang Valley, maka impak pembangunan itu akan menjalar ke kawasan ini.
Tambahnya, dijangka pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat apabila pembangunan rancak berlaku di sekitar kawasan seliaan MPS, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan juga Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) kelak, lebih-lebih lagi melibatkan pembangunan hartanah, tapak komersial dan premis perniagaan lainnya.

Sambutan ulang tahun ke-118 pihak berkuasa tempatan itu turut meraikan kegemilangan pengurusan dan pentadbirannya yang kini menjadi PBT yang cekap sehingga berjaya beroleh prestasi empat bintang daripada Ketua Audit Negara bagi tahun 2014.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mps-terus-pertingkat-kecemerlangan-1.80934#sthash.S2IeyCFC.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment