Projek Negeri Sembilan RMK-11: Membina sambungan Jalan Raya Lingkaran Tengah (MRR) ke Sikamat dan Temiang; menyambung kerja naik taraf Jalan Seremban-Kuala Pilah dari Ulu Bendul hingga pekan Kuala Pilah dan menaik taraf jalan dari Nilai, Salak Tinggi, Lukut dan Port Dickson.

 


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebahagian besar projek tersebut ialah menaik taraf dan membina jalan raya atau lebuh raya bagi melengkapkan infrastruktur perhubungan yang cekap di negeri ini.
Beliau berkata, jaringan jalan raya itu penting sejajar dengan fasa kedua terakhir sebelum tahun 2020 yang mana negara mensasarkan untuk mencapai status negara maju.

“Projek-projek ini dipilih berdasarkan kepada konsep ‘sekiranya diluluskan, ia boleh dilaksanakan dengan segera’.
“Ia ditapis dan disaring daripada senarai yang dikemukakan oleh jabatan dan agensi kerajaan yang mana jumlah asalnya bernilai kira-kira RM25 bilion.

“Namun keutamaan diberi kepada projek yang boleh dilaksanakan dengan segera seperti lokasi atau tanah untuk pembinaan projek itu sudah pun ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
RMK-11 dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Mei ini.
Mohamad berkata, antara projek jalan raya yang telah dikenal pasti itu ialah membina sambungan Jalan Raya Lingkaran Tengah (MRR) ke Sikamat dan Temiang; menyambung kerja naik taraf Jalan Seremban-Kuala Pilah dari Ulu Bendul hingga pekan Kuala Pilah dan menaik taraf jalan dari Nilai, Salak Tinggi, Lukut dan Port Dickson.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Seremban akan melakukan kajian semula terhadap aliran trafik di Jalan Sungai Ujong berhampiran Plaza Tol Seremban yang kini menghadapi masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak.
“Masalah itu dipercayai berpunca daripada kedudukan lampu isyarat yang terlalu dekat antara satu sama lain yang menyebabkan aliran trafik mudah tersekat.
“Kerajaan menyedari masalah ini dan sedang merangka pendekatan yang terbaik untuk mengatasinya,” ujarnya.
Beliau berkata, pembinaan susur keluar baharu ke lebuh raya dari arah Seremban 2 yang kini dalam proses pengambilalihan tanah dijangka membantu mengurangkan masalah berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/ns-kenal-pasti-projek-rmk-11-1.76060#sthash.GnBYTI4W.dpuf
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment