Tol tanpa plaza 2018

 

Seremban: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sepenuhnya sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) secara berperingkat di semua plaza tolnya pada 2018.

Sistem itu akan dilaksanakan selepas pelaksanaan 100 peratus lorong sistem kutipan tol elektronik (ETC) di plaza tol terpilih dan lorong pelbagai kelas bagi memudahkan pengguna jalan raya tidak perlu beratur panjang serta mengelak kesesakan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Mohammad Fuad Khusairi berkata, penggunaan sistem baru itu hanya akan dilaksanakan selepas pelbagai kajian dilakukan termasuk penguatkuasaan undang-undang.

“Apabila MLFF dilaksanakan berkemungkinan tiada plaza tol lagi, namun kita (PLUS) perlu melihat keberkesanan pelaksanaannya dulu kerana sistemnya berbeza daripada sistem sedia ada.

“Pengguna tidak perlu memperlahankan kenderaan apabila melalui lorong MLFF kerana sistem itu akan terus merakam kenderaan yang melaluinya dan bayaran ditolak pada akaun pengguna,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment