02 May 2015

Cartoon Upin Ipin Theme Park may be built in Sepang, KLIA Aeropolis

  02 May 2015


KUALA LUMPUR – Kejayaan siri kartun Upin & Ipin yang mendapat sambutan para penonton televisyen di Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura mendorong penerbitnya, Les’ Copaque Production bercadang menubuhkan sebuah taman tema karekter itu.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.

“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.

“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.

Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini.
logoblog

Thanks for reading Cartoon Upin Ipin Theme Park may be built in Sepang, KLIA Aeropolis

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment