Malaysia Vision Valley pelengkap pembangunan

 


KUALA LUMPUR - Malaysia Vision Valley yang akan diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), bakal menjadi satu lagi projek pembangunan bersepadu meliputi beberapa kluster strategik bagi melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dalam pembentangan RMK11 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia Vision Valley akan dibangunkan di bahagian barat Negeri Sembilan meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108,000 hektar.

Mengenai pembangunan ekonomi wilayah pula, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata dalam tempoh 2011 hingga 2014, lima koridor iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak telah diwujudkan.

Kesemua koridor berkenaan berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM307 bilion dengan 57 peratus atau RM175 bilion pelaburan telah direalisasikan.

"Jumlah pelaburan ini telah menjana lebih 427,000 peluang pekerjaan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

"Sehubungan itu untuk RMK11 ini, kerajaan menyasarkan RM236 bilion pelaburan dan mewujudkan sebanyak 470,000 pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut," katanya. - Bernama
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment