Gangguan air di Meru sehingga 2 pagi esok

 


KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di Kampung Meru, Klang dijangka berlarutan sehingga pukul 2 pagi esok.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan yang melibatkan 4,650 pintu rumah itu berpunca daripada injap scour yang patah pada paip bersaiz 600 mm pada pukul 5 petang semalam di kawasan berhampiran Masjid Persiaran Hamzah Alang, Meru.

"Kerja-kerja pembaikan masih belum dapat disiapkan berikutan hujan lebat yang menyebabkan paip di tebing sungai ditenggelami air dan menyukarkan kerja pembaikan," kata kenyataan itu.

Menurutnya, bekalan air akan disambung semula kepada pengguna yang terjejas selepas kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya dan pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat.

"Para pengguna boleh mengakses terus maklumat mengenai gangguan bekalan air atau status pemulihan bekalan air melalui aplikasi telefon mudah alih mySyabas yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore/Appstore.

"Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama dari laman web Syabas di www.syabas.com.my." kata kenyataan itu. -Bernama
logoblog
Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment